berita

‘Itu Adalah Fitnah’ – Ketua Polis Sungai Buloh Jawab Isu Video Viral

August 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang individu yang didakwa pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia telah merakam dua video berhubung premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Pemilik akaun berkenaan juga dipercayai tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger miliknya yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tidak berpuas hati

Menerusi laporan Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan individu tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, laporan tersebut telah dibuat oleh seorang pegawai susulan video tersebut menjadi viral.

Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor.

Dalam serbuan berkenaan polis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain merampas empat tablet dan wang tunai RM114. Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohmahan.

Apa yang ditularkan itu adalah fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM. Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan.

Tambah beliau, sepasukan polis daerah Sungai Buloh telah membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh sebelum video tersebut viral. Hasil serbuan yang dilakukan, dua lelaki telah berjaya ditahan dan lima lagi premis tidak beroperasi.

Dilakukan selepas beri teguran

Susulan daripada itu juga, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di Sungai Buloh dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan. Menurut Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan, dalam tempoh dua bulan, MBSA sudah dua kali melakukan sitaan terhadap peniaga yang sama. Pihak MBSA turut memberi teguran dan nasihat kepada peniaga tersebut.

Untuk makluman tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya. Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan namun teguran itu tidak diendahkan.

Rashidi turut memberitahu peniaga tersebut telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu berniaga di luar waktu operasi perniagaan yang ditetapkan melebihi sehingga 12 tengah malam. Sehingga hari ini, video yang dirakam individu tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan 22 ribu perkongsian.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×