berita

Stail Rambut Victoria Beckham

August 17th, 2012 | by Ai
Trendsetter

Victoria Beckham merupakan ikon fesyen yang tidak asing lagi. Penampilannya yang cantik dan bergaya menjadikan beliau seorang trendsetter yang hebat dan dikagumi oleh semua pihak.

Di sini pihak OHBULAN! ingin berkongsi beberapa stail rambut Victoria Beckham yang pernah digayakan olehnya sepanjang bergelar selebriti.

Gaya rambut ini kelihatan sangat ringkas dan menarik. Dandanan rambut yang diikat ala tocang lipan membuatkan penampilan Victoria Beckham kelihatan begitu bersahaja dan sangat santai.

Potongan rambut pendek yang digayakan oleh Victoria ini kelihatan sungguh stail. Gaya rambut pendek seperti ini pernah menjadi suatu trend dan fenomena hebat dikalangan penggemar fesyen suatu ketika dahulu.

Tampil dengan stail rambut pendek tidak menghalang Victoria untuk terus kelihatan feminin. Scarf merupakan pemilihan aksesori yang ideal bagi menonjolkan sifat feminin individu berambut pendek.

Victoria merupakan seorang fashionista yang hebat. Setiap gaya rambut yang ditampilkan olehnya pasti kelihatan menarik dan berbeza mengikut kesesuaian majlis serta keadaan sekeliling.

Bagi gaya santai, Victoria lebih gemar membebaskan rambutnya tanpa sebarang dandanan. Gaya ini bukan sahaja menonjolkan kecantikan sebenar dirinya, malah turut menonjolkan aura pesona wanita sebenar.

Most Read Today