berita

‘Stay Strong Bella Astillah! Kesabaran Akan Membawa Ketenangan’ – Syed Saddiq

April 15th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di aplikasi X, ahli politik Syed Saddiq memberi kata-kata semangat buat Bella Astillah selepas kembali ditimpa dugaan rumah tangga baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ada Tips..Kalau Suami Kita Hilang, Cari Di Rumah Kawan’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Vida Doa Kebahagiaan & Kesejahteraan Bella Astillah Di Tanah Suci Makkah – ‘Saya Nak Awak Bangkit Setelah Derita’

Terus kuat Bella!

Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap Bella akan menemui ketenangan yang dicari. Dia juga berterima kasih kepada Bella kerana sudi datang beraya di rumahnya.

Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet sempat mengusik Syed Saddiq. Ujar netizen mereka berdua kelihatan sepadan dan sesuai menjadi pasangan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Bella dan suaminya penyanyi Aliff Aziz masih berlangsung apabila Aliff enggan menceraikannya. Ia tercetus selepas suaminya dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×