Hubungan persahabatan antara pemain bola sepak JDT iaitu Safawi Rasid dan Syifa Melvin mula goyah apabila mereka menerima teguran tegas dari Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail. Tidak hanya berakhir disitu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan dari Tengku Mahkota Johor yang menyifatkan prestasi Safawi makin merudum.
Terbaru, Syifa Melvin menerusi IG Story di akaun miliknya ‘back-up’ dan meninggalkan pesanan buat netizen agar hentikan kecaman terhadap Safawi.
Stop calling Safawi ‘bodoh’
Syifa menasihati netizen untuk hentikan kutukan dan kritikan terhadap Safawi. Malah, dia turut menyifatkan netizen tidak tahu keseluruhan cerita sebenar yang berlaku antara mereka berdua. Dia turut menjelaskan bukti screen shot perbualan yang tersebar antara Safawi danTMJ adalah perbualan lama.
His birthday today, what a gift!
Selain itu, Syifa turut memohon agar netizen sentiasa memberi sokongan moral kepada pemain JDT itu, bukan hanya kecaman terhadap dirinya. Lebih istimewa lagi, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Safawi dan tidak sepatutnya dia menerima ‘hadiah’ berbentuk kritikan seperti ini.
Sebagai sahabat, Syifa juga menjelaskan bahawa Safawi terpaksa menanggung keluarganya di kampung dan memerlukan banyak kos. Oleh demikian, dia merayu agar menghentikan salah faham ini dan memohon agar Safawi kembali ke perlawanan.
Aku tahu hati budi dia
Bukan hanya itu sahaja, Syifa Melvin rela menghadap kritikan dan kecaman netizen berbanding melemparkan kritikan tersebut kepada Safawi. Dia menjelaskan tindakannya ini adalah disebabkan Syifa tahu hati budi Safawi yang merupakan seorang yang baik.
Tambahnya, dia turut memohon netizen untuk hentikan perbualan mengenai pemberian Safawi kepadanya seperti telefon dan beg tangan berjenama. Itu merupakan pemberian sempena hari jadi bukannya diminta oleh Syifa Melvin.
Sumber: Syifa Melvin