Seorang lelaki di India telah menyerah diri di balai polis setelah membunuh isterinya dengan kejam.

Artikel Berkaitan: Suami Simbah Petrol, Bakar Isteri Sebab Cemburu Buta

Artikel Berkaitan: Isteri Berasmara Dengan Lelaki Lain, Suami Bakar Hidup-Hidup

Jalin hubungan sulit

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan NDTV, lelaki yang berusia 35 tahun itu didakwa membunuh isterinya selepas dia mengesyaki bahawa mangsa telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut pihak polis, suspek menyerah diri di balai polis Banigochha dengan kepala isterinya yang dipenggal sehingga telah mencetuskan panik.

Tambah pihak polis, suspek telah menggunakan senjata tajam untuk membunuh isterinya sebelum memenggal kepala mangsa.

Sementara itu, suspek telah ditahan dan polis telah menjalankan siasatan.

Badan mangsa tanpa kepala juga telah ditemui. Siasatan telah dimulakan.

Sumber: NDTV