berita

Suami Bawa Zulin Aziz Melawat Kubur Arwah Ibu, Sebak Kenangkan Hajat Terakhir – ‘Mesti Ibu Tersenyum Tengok Kami Sanding’

February 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tanggal 20 Februari yang lalu, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri.

Artikel berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Zulin Aziz Sah Isteri Farhan Norzaini

Semalam, Farhan sempat membawa Zulin menziarahi pusara arwah ibunya, Rusnah Binti Talib. Menurut Farhan, arwah ibunya sangat sukakan Zulin dan berhasrat mahu menjadikan Zulin sebagai menantu. Namun apakan daya, arwah telah pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Abang datang tengok ibu

Assalamualaikum ibu. Hari ni abang datang tengok ibu. Tak pernah sehari pun abang lupa ibu. Hari tu seminggu sebelum abang kahwin, abang mimpi ibu. Itulah first time abang mimpi dapat tengok muka ibu. Abang menangis dalam mimpi sampai tak sedar. Abang menangis betul-betul lepas terjaga.

Ibu, abang nak bagitahu yang abang dah selamat bernikah hari Ahad hari tu. Hari ni abang tak datang seorang. Abang datang bawa menantu ibu. Inilah gurauan ibu yang Allah kabulkan. Kalau ibu ada lagi, mesti ibu tersenyum tengok kami bersanding. Tak lepas mata abang tengok meja family kita kurang seorang. Tapi abang tahu ibu tengok dan tersenyum dari jauh. Abang dah tunaikan hajat ibu.

Menurut Farhan, setiap hari dia akan teringat arwah ibunya. Sebagai anak, Farhan berasa gembira kerana dapat menunaikan hasrat arwah ibunya iaitu memperisterikan Zulin. Farhan turut yakin bahawa arwah ibunya pasti akan tersenyum sekiranya dapat melihat majlis persandingan mereka baru-baru ini.

Doa syurga untuk ibu

Ibu, abang doakan ibu sentiasa dijaga Allah di sana. Abang doakan syurga untuk ibu. Abang hadiahkan segala infaq, sedekah, wakaf dan segala saham dunia abang untuk ibu. Moga Allah temukan kita di syurga ya ibu. InsyaAllah. Al-Fatihah.

Di akhir posting, Farhan mendoakan yang terbaik buat arwah ibunya dan berharap mereka dapat bertemu di syurga Allah. Terdahulu, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz berkata kesungguhan dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Farhan menjadi faktor utama dia bersetuju untuk menjadi isteri kepada usahawan tersebut. Tambah Zulin, Farhan membuktikan dia seorang lelaki yang ikhlas apabila menerima dirinya sejak badan berisi lagi.

Sumber: Farhan Norzaini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×