berita

Suami Bunuh Isteri Guna Besi, Syak Ada Kekasih Gelap

November 9th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun ditemui maut di kawasan sungai yang tidak jauh dari rumahnya.

Artikel Berkaitan: Suami Sibuk Bekerja, Wanita ‘Cantik’ Kahwin Dengan Tiga Lelaki Lain – ‘Hanya Untuk Kutip Hadiah & Wang’

Artikel Berkaitan: Kecewa Isteri Curang Berulang Kali, Suami Minum Racun Perosak

Lepas solat di rumah

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, mangsa dibunuh oleh suaminya sendiri yang berusia 73 tahun kerana suspek mengesyaki isterinya sedang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Suspek membunuh isterinya pada sebelah pagi selepas solat di rumah.

Menurut Ketua Polis Anhar Arlia Rangkuti, suspek memukul kepala mangsa menggunakan besi yang berada di dalam bilik air rumah mereka dan kemudian mencampakkan mayat mangsa ke dalam sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Selepas membuang mayat mangsa, suspek melarikan diri dan kami menahannya di kawasan Bandaraya Blitar.

Menurut Anhar, suspek telah ditahan dan bahan bukti untuk kes tersebut seperti dua batang besi dirampas oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×