berita

Suami Bunuh Isteri Pakai Lesung Batu & Tikam Kepala, Mayat Separuh Bogel Diheret Ke Hutan

August 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Suami Cemburu Bunuh Isteri

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki bertindak menyerang, membunuh dan membuang mayat isterinya ke dalam hutan di belakang rumahnya hanya kerana perasaan cemburu.

Artikel Berkaitan: Wanita Separuh Bogel Jatuh Dari Tingkat 7, Teman Lelaki Didakwa Pegang Kaki Mangsa Dalam Keadaan Terbalik

Artikel Berkaitan: Penemuan Rangka Manusia Rungkai Misteri Kehilangan Wanita! Bekas Tunang Jadi Suspek Pembunuhan

Pukul & tikam isteri

Suami Cemburu Bunuh Isteri

Memetik laporan The Thaiger, kejadian tragis itu dilaporkan berlaku kira-kira pada jam 6 petang Selasa di daerah Ko Chan, Bangkok, Thailand.

Polis kemudian mendapati kediaman pasangan itu berada dalam keadaan berselerak dengan pakaian dan kesan darah.

Sementara itu, terdapat kesan seretan panjang dari rumah ke lokasi kejadian turut kelihatan iaitu di mana mayat mangsa, Usamani, 36, ditemui dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel.

Dalam pada itu, polis juga menemui cangkul dan dan sebilah parang pemotong rumput di sebelah mayat wanita tersebut.

Suspek, Treeraphan cuba untuk melarikan diri dengan memandu sebuah kereta sebelum pulang semula ke rumahnya untuk mengambil barang. Bagaimanapun, pihak polis sudah berada di lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.

Berdasarkan kenyataan suspek, dia bertindak memukul isterinya menggunakan lesung batu dan menikam kepala mangsa beberapa kali menggunakan objek tajam sebelum mengheret mayat wanita itu ke dalam hutan.

Dalam pada itu, suspek berusia 33 tahun turut mengaku bahawa motif pembunuhan adalah disebabkan perasaan cemburunya terhadap mangsa kerana berborak bersama lelaki lain di telefon.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×