Seorang lelaki didakwa membunuh bekas tunangnya selepas pihak polis berjaya menemukan rangka manusia yang dikenal pasti sebagai seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak akhir tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Seminggu Hilang, Mayat Influencer Dikerat & Ditemui Di Merata Tempat
Artikel Berkaitan: Tiba-Tiba Menyepi, Mayat Influencer Ditemui Dalam Kolam & Mangsa Mungkin Dibunuh
Hilang sejak Disember 2022
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Kalimantan Barat, Indonesia menyaksikan mangsa, Sri Mulyani telah bertemu bekas tunangnya yang bertugas di Sambas pada Disember 2022.
Dia kemudian dilaporkan hilang sehinggalah polis memaklumkan kepada keluarganya tentang penemuan rangka manusia pada 1 Jun lalu.
Difahamkan rangka wanita tersebut ditemui di kawasan padang oleh orang awam ketika sedang mencari kayu api.
Jenazah Sri Mulyani diserahkan kepada keluarganya dan dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Karet, Bandaraya Pontianak.
Sementara itu, bekas tunang mangsa yang bertugas sebagai tentera dinamakan sebagai suspek pembunuhan wanita berusia 23 tahun tersebut.
Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Jelani Christo berkata kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tentera.
Proses perundangan akan diteruskan dalam waktu terdekat, jadi mungkin tidak sampai sebulan hukuman akan dilakukan.
Sumber: Tribun News