Semalam tular mengenai kejadian seorang wanita yang dicederakan serta diugut bunuh oleh suaminya sendiri yang dikatakan berang dengannya kerana enggan untuk melakukan hubungan seks.
Walau bagaimanapun, tertuduh iaitu Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh ke atasnya pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Tolak Buat Hubungan Seks, Isteri Cedera Parah ‘Dikerjakan’ Suami
Adik tampil ‘back up’, perjelas perkara sebenar
Foto: Facebook Harian Metro
Terbaru, seorang wanita yang mendakwa dirinya adik kepada Fakrulrazi tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.
Menerusi ruangan komen di laman Facebook Harian Metro, wanita tersebut mendakwa isteri kepada abangnya itu ‘kantoi’ melakukan hubungan seks bersama empat orang lelaki lain.
Terdahulu, Syed Fakrulrazi yang bekerja sebagai seorang mekanik, 41, didakwa selepas sengaja melakukan kecederaan parah ke atas isterinya, Rabiatul Adawiyah Abu Hassan, 33, dengan cara menghantukkan kepalanya ke hidung mangsa.
Bukan itu sahaja, tertuduh juga dikatakan mengugut akan membunuh isterinya itu.
Difahamkan, perbuatan tersebut dilakukannya di sebuah rumah yang terletak di Taman Tanjung Minyak Perdana pada 12 Februari yang lalu.
Sumber: Facebook