Gambar sekadar hiasan
Tular di TikTok, sebuah video memaparkan tangkapan skrin (screeshot) perbualan pasangan suami isteri yang sedang mengalami keretakan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dapat Teguran ‘Jangan Buat Hal’ Masa Beraya, Muka Ira Kazar Terus Berubah
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dipuji Pandai Masak Sotong Tumis
Pilih orang ketiga dari isteri
Menerusi hantaran itu, suami terbabit telah melafazkan cerai talak satu terhadap isteri yang sedang sarat mengandung. Tanpa rasa simpati, si suami memberikan tempoh masa seminggu untuk isteri mencari tempat tinggal baharu.
Kata lelaki itu, dia akan tumpang ‘tidur’ dengan Linda yang dipercayai adalah orang ketiga.
Aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku bagi kau tempoh seminggu saja tau, cari rumah atau bilik sewa lain.
Sementara ini, kau duduk la situ dulu.
Dalam pada itu, si isteri yang sudah remuk hati sempat mengucapkan terima kasih kepada suami kerana tergamak menceraikan demi ‘penyondol’.
Dengan keadaan saya tengah sarat ini, saya nak pergi mana? Awak pun tahu saya tak ada sesiapa. Sampai hati buat saya macam ini.
Sebabkan dia (orang ketiga) awak sanggup ceraikan saya. Terima kasih banyak awak.
Sumber: TikTok