Suami kepada ratu rock tanah air Ella iaitu Kapten Azhar Ghazali mendedahkan beberapa aktiviti sumbangan yang aktif dilakukan oleh isterinya.

Artikel Berkaitan: Ella Kembali Dengan ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ 9 Ogos Ini!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ella Kunci Mulut Isu Rumah Tangga Anak Saudara, Terima Segala Keputusan Kaka Azraff

Konsisten beri sumbangan

Ketika ditemui OhBulan!, Azhar berkata, aktiviti kemanusiaan dijalankan secara konsisten oleh pelantun lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’.

Tegasnya, aktiviti ini bukan salah satu strategi untuk konsert Ella yang bakal berlangsung pada Februari depan.

Dia adalah seorang aktivis. Dia menyokong perkara-perkara positif dan mahukan perubahan yang baik dalam dunia ini.

Dia bukan buat sebab konsert dah nak dekat atau publisiti.

Ella memang konsisten.

Azhar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Rabu.

Bantuan buat rakan artis

Berkongsi lebih lanjut, Ella juga aktif dalam menghulurkan bantuan buat gelandangan dan rakan-rakan artis yang memerlukan.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 59 tahun itu memilih untuk tidak menghebahkan kepada umum.

Kalau tak uar-uarkan, lagi banyak pahala.

Benda-benda itu kita tak umumkan. Yang pergi ke Lubnan saja kita hebahkan.

Tapi sekolah-sekolah seni, bantu gelandangan, bagi makanan, semua itu berjalan berterusan.

Puluhan orang dan mereka sendiri tak tahu yang itu sumbangan Ella setiap bulan.

Diberi secara konsisten tanpa minta dikenali.

Sekadar info, Ella bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membangunkan generasi muda dalam bidang muzik selain pernah terlibat dalam misi kemanusiaan ke Lubnan.

Dalam perkembangan lain, Ella bakal menganjurkan sebuah konsert berskala besar berjudul Majlis Tertinggi Rockqueen di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 14 Februari 2026.