berita

Suami Dera Isteri Hingga Mati Gara-Gara Larang Main TikTok

October 23rd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Indonesia sanggup mendera isterinya sehingga mati selepas mangsa mangsa melarangnya bermain aplikasi TikTok.

Artikel Berkaitan: Cemburu Punya Pasal, Suami Simbah Petrol Sebelum Baling Puntung Rokok Pada Isteri

Artikel Berkaitan: Berang Dimadukan, Suami Sepakat Dengan Anak Tetak Isteri Sampai Mati

Lihat akaun bekas kekasih

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Detik News, kejadian bermula apabila mangsa menghantar satu pesanan melalui aplikasi Whatsapp meminta suspek untuk tidak bermain aplikasi TikTok.

Menurut Ketua Polis Daerah Bojonggede, apabila suspek tiba di rumah dia terus memarahi isterinya sehingga berlaku pergaduhan.

Selepas siasatan lanjut, punca berlaku pergaduhan ini adalah disebabkan mangsa cemburu.

Puncanya ialah cemburu, jadi mangsa ini cemburu dengan suaminya apabila melihat akaun perempuan yang dikenali mangsa sebagai bekas kekasih suaminya, namun sudah pun meninggal dunia.

Pergaduhan menjadi semakin teruk sehingga suspek memukul dan mencengkam mangsa berulang kali selain menghantuk kepala mangsa pada dinding.

Selepas puas mendera mangsa, suspek melarikan diri dari rumah dan meninggalkan mangsa yang cedera di tempat kejadian.

Selepas kejadian, mangsa mengalami pening dan muntah, kemudian sekitar jam 9.30 malam(waktu tempatan) keluarga membawanya ke hospital wilayah dan disahkan meninggal dunia.

Sehari selepas kejadian, suspek telah ditahan polis Daerah Cibinong.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×