

Seorang suami bertindak di luar kawalan dengan membunuh isteri sendiri apabila mangsa bertindak memfailkan penceraian. Suspek dipercayai menjerut leher menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga meninggal dunia.
Artikel berkaitan: ‘Mama Ditimpa Ujian Demi Ujian’ – Anak Mangsa Pembunuhan Kejam Suami Luah Rindu
Memetik laporan Harian Metro, mangsa ditemui mati di dalam sebuah kereta di tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya di Sepang setelah mangsa memfailkan pengesahan perceraian.
Berlaku masalah rumah tangga

Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof melaporkan suspek berusia 41 tahun itu didakwa berlaku curang dengan arwah isterinya. Dia didakwa menjalinkan hubungan mesra dengan wanita lain sehingga isterinya itu memfailkan tuntutan penceraian.
Keadaan itu menyebabkan berlaku masalah dalam rumah tangga mereka sehinggalah berlaku kejadian pembunuhan itu. Setakat ini suspek masih direman dan soal siasat sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Setakat ini, polis bersama khidmat bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) membantu mencari telefon bimbit yang dibuang suspek di dalam tasik di Taman Putra Perdana, Dengkil pada hari kejadian.
Sumber: Harian Metro





![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)