berita

‘Mama Ditimpa Ujian Demi Ujian’ – Anak Mangsa Pembunuhan Kejam Suami Luah Rasa Rindu

August 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang suami tergamak membunuh isteri gara-gara terlalu marah dengan tindakan isterinya yang memfailkan penceraian. Suspek dipercayai menjerut leher mangsa menggunakan tudung sehingga meninggal dunia. Pihak polis telah berjaya menahan suspek yang berusia 41 tahun.

Artikel berkaitan: Berang Isteri Fail Cerai Sukarelawan NGO Jerut Leher Hingga Mati

Memetik laporan Harian Metro, anak mangsa meluahkan rasa rindu terhadap ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan durjana bapa sendiri.

Mama hadapi banyak ujian hidup

Hana harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang di keliling mama. Hana sentiasa sayang mama. Terima kasih mama. Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi. Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Al Fatihah.

Luahan anak mangsa bernama Hana yang berusia 14 tahun itu dimuat naik menerusi laman Facebooknya. Ibunya yang berusia 40 tahun merupakan seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa malaysia (UIAM). Selain itu, dia turut menyatakan bahawa ibunya sering ditimpa pelbagai ujian sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Tak sombong dan sering rendah diri

Saya dan rakan-rakan agak terkejut apabila mengetahui berita itu tambahan kami dan arwah sangat rapat sejak sekolah menengah lagi.

Kali terakhir saya dapat bertemu mangsa adalah pada sambutan hari raya Aidilfitri tahun lalu apabila dia berkunjung ke rumah saya di Sungai Petani, Kedah.

Dia sangat merendah diri walaupun berpendidikan tinggi dan berjaya sebagai pensyarah berwibawa di UIAM. Kehilangannya benar-benar dirasai kami.

Malah, dia tidak lokek berkongsi idea dan banyak memberikan nasihat berguna.

Salah seorang rakan kepada anak mangsa memberitahu bahawa dia menyedari kehilangan mangsa melalui mesej yang diterima oleh rakan-rakan di kumpulan WhatsApp. Dia dan rakan-rakan yang lain sungguh rapat dengan mangsa. Selain itu, mangsa juga dikatakan seorang yang sentiasa merendahkan diri dan tidak sombong untuk berkongsi idea serta nasihat berguna.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×