berita

Suami Fasha Sandha, Jejai Menangi 2 Perlumbaan Lamborghini

August 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Terkejut, ini bukan saja sebuah berita yang baik, malah ia juga satu kejayaan buat Rizal Ashram atau Jejai yang telah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi dua perlumbaan dalam kejohanan “Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia”.

Suami kepada Fasha Sandha ini telah mengalahkan pelumba-pelumba dari seluruh Asia dan telah membawa pulang berita gembira ini ketika semua orang sedang sibuk menyambut Aidilfitri.

Jika orang lain, pasti akan risau tentang keselamatan suami mereka. Lain pula bagi Fasha, dia sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan dan keselamatan Jejai kerana dia percaya Tuhan akan sentiasa melindungi suaminya.

“Saya tidak pernah halang apa-apa yang dia mahu buat. Yang penting, saya akan menjadi tulang belakang untuk menyokongnya. Malah saya juga sanggup berpanas di atas trek litar. Diakui, mana-mana isteri pun akan risau apabila suami berada dalam zon bahaya, tetapi saya percaya dengan kemampuannya dan berdoa kepada Allah supaya dia selamat dan berjaya.”

Fasha juga sebenarnya merupakan pengurus peribadi kepada suaminya sendiri.

“Seronok juga jadi pengurus peribadi suami, asalkan dia bahagia, saya sanggup buat apa sahaja.”

Untuk pengetahuan, Jejai adalah pemandu daripada pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia.

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×