Di Surabaya, Indonesia, seorang suami tergamak bertindak membunuh isterinya yang sedang hamil lima bulan. Malah, sebelum suspek berusia 27 tahun itu membunuh isterinya sendiri, dia sempat membuat laporan palsu kehilangan isteri kepada pihak polis daerah itu.
Dipercayai si suami masih berdendam
Memetik laporan Tribun News, suspek yang dikenali sebagai Jony Pranoto Kasum telah membuat laporan polis terhadap kes pembunuhan isterinya, Putri Ima Camelia Sandy yang berusia 26 tahun itu. Sebelum insiden pembunuhan berlaku, jiran tetangga terdengar pergaduhan antara pasangan suami isteri ini.
Motif pembunuhan dipercayai si suami berdendam dengan isteri sendiri kerana mangsa pernah bertindak curang kepadanya. Selepas tergamak menikam isteri yang hamil lima bulan itu, si suami bertindak menyimpan jenazah mangsa di dalam bilik selama tiga hari. Malahan, dia juga tetap tinggal dan tidur di dalam bilik yang sama bersama mangsa.
Buang isteri ke longgokan sampah
Setelah dua hari disimpan di dalam bilik tersebut, suspek merancang untuk membuang mangsa ke longgokan sampah di Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya. Mangsa turut dibungkus dengan menggunakan tilam, tuala dan pakaian sebelum ke lokasi penemuan mayat.
Selepas itu, suspek membuat laporan polis berhubung kes kehilangan isteri sebelum pihak berkuasa membongkar rahsia disebalik laporan palsu itu. Malah, mayat isteri ditemui pihak berkuasa di Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya pada 22 April lalu.
Sumber: Tribun News