

Gambar sekadar hiasan
Seorang suami didakwa berlaku curang apabila menjalinkan hubungan sulit dengan wanita yang berstatus isteri orang di aplikasi Discord.
Artikel Berkaitan: Suami Tergamam Keputusan DNA Dedah 2 Anak Bukan Darah Daging, Isteri Mengaku ‘Tak Sengaja’ Jalin Hubungan Badan Dengan 2 Lelaki
Artikel Berkaitan: Isteri Sarat Hamil, Suami Syok ‘Check In’ Dengan Perempuan 11 Tahun Lebih Tua – ‘Dia Kata Nak Jadikan Isteri Kedua’
Curang

Gambar kanan sekadar hiasan
Menerusi video tular di TikTok, seorang individu membongkar perbuatan keji mereka dengan memaparkan tangkap layar perbualan di aplikasi itu.
Dalam perbualan itu, si suami yang dipercayai seorang gamer dengan inisial NA mengatakan ‘saya cinta kepadamu’ kepada wanita tersebut yang menggunakan nama Ayra.
Terkesan dengan perbualan itu, individu tersebut meluahkan perasaannya menerusi kapsyen.
Seronokkan seorang isteri orang mencintai suami orang?
Apa kurangnya suami itu sampai isteri sanggup curang dan apa kurangnya isteri sehingga suami sanggup curang?
Difahamkan kejadian berlaku pada hujung bulan Ogos pada tahun 2024.
Perkongsian video itu menjadi tular selepas meraih kira-kira 900,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi itu.
Perkongsian netizen

Sumber: TikTok





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


