Gay secara asasnya merujuk kepada individu lelaki yang mempunyai kecenderungan atau tarikan romantik dan seksual terhadap lelaki lain. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Dedah Terima Tempahan Dewan Kahwin Daripada Pasangan Gay – ‘Kami Tolak, Itu Prinsip’

Artikel Berkaitan: Pelakon Tampan Jadi Mangsa ‘Dark Side’, Didakwa Pernah Buat Hubungan Sejenis Dengan Kawan Baik?

Tanda-tanda suami mungkin gay

Dalam konteks perkahwinan heteroseksual, perkara ini menjadi isu yang berat jika seorang suami menyembunyikan orientasinya hingga menjejaskan emosi, hubungan intim dan kesejahteraan isteri. 

Memetik perkongsian daripada Syuhada Mzul, terdapat beberapa tingkah laku yang sering dikaitkan dengan suami yang mempunyai kecenderungan ke arah lelaki, namun perlu difahami bahawa semua ini hanyalah tanda yang berpotensi menimbulkan keraguan bukan bukti mutlak. 

Antara petunjuk yang sering dibincangkan ialah apabila suami langsung tidak menunjukkan minat terhadap isteri dari segi seksual. 

Suami menolak hubungan kelamin secara konsisten tanpa sebab kesihatan. Hanya bersama bila dipaksa atau “terpaksa”.

Tiada sentuhan mesra, pelukan, atau keinginan fizikal. Jika hubungan fizikal hampir tidak wujud bertahun-tahun, itu sesuatu yang patut diteliti.

Selain itu, kecenderungan emosi atau fizikal yang lebih kuat terhadap lelaki berbanding isteri juga sering menimbulkan persoalan. 

Suami sangat fokus pada lelaki tertentu (lebih dari biasa). Dia juga akan kerap mengabaikan isteri tetapi memberi perhatian luar biasa kepada lelaki lain. 

Ingat ya, bukan sekadar berkawan rapat, tetapi attachment emosi yang pelik. 

Ada aplikasi kaum sejenis

Selain itu, tabiat suami yang suka menonton bahan lucah melibatkan sesama lelaki. 

Jika terjumpa history hp/laptop suami carian pol@rn “gay” atau “men only” simpanan gambar lelaki separuh bog*l dan ini berlaku berulang kali, bukan sekali dua atau sebab terklik.

Bukan itu sahaja, ada juga situasi di mana suami didapati mempunyai aplikasi atau akaun rahsia yang lazimnya digunakan untuk berhubung dengan lelaki lain.

Contohnya apps Grindr, Blued, Hornet, PlanetRomeo. Mereka biasanya akan ada akaun palsu untuk berkenalan dengan lelaki.

Seterusnya, perilaku keluar rumah tanpa penjelasan jelas, sering berjumpa ‘kawan lelaki’ dengan cara yang terlalu berahsia, atau hilang pada waktu malam dengan alasan yang tidak kukuh.

Akhir sekali, suami yang kurang mengambil berat rupa paras ketika bersama isteri, tetapi sangat menjaga imej, tubuh badan dan pakaian apabila bertemu lelaki tertentu juga merupakan salah satu tanda hubungan songsang.

Contoh; suami tidak peduli penampilan untuk isteri tetapi over-grooming sebelum jumpa lelaki tertentu.

Suami seorang yang sangat menjaga badan, pakaian ketat, posing selfie yang jelas dituju pada lelaki lain. 

Suami juga selalu nak validate/pujian daripada kawan lelaki, bukan isteri.

Artikel ini bertujuan memberi gambaran awal, bukan untuk membuat tuduhan tanpa asas kukuh. Sebarang keraguan wajar ditangani dengan perbincangan, pemahaman serta sokongan profesional jika diperlukan. 

Sumber: Facebook Syuhada Mzul