Seorang usahawan pengurusan perkahwinan tampil berkongsi pengalamannya ketika berdepan dengan pelanggan daripada golongan gay.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lavender Marriage’ Meliar Di Malaysia, Doktor Perjelas Implikasi Bahaya – ‘Risiko Jangkitan Penyakit Kelamin & HIV’

Artikel Berkaitan: Penyanyi Terkenal Kantoi Separuh Bogel Depan Kelab Gay?

Pasangan sonsang

@omarza89

Replying to @user2071071772310 kami pernah dapat pasangan lelaki nak book dewan 😅

♬ original sound – Abang kawin | Adam Hawa Event – Abang kawin | Adam Hawa Event

Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan tersebut mengimbas kembali kejadian dua tahun lalu apabila didatangi seorang pelanggan yang mahu menempah dewan untuk hari bahagianya.

Menurut usahawan itu, ketika disoal tentang pasangan, lelaki tersebut enggan memberi sebarang butiran sehinggalah dia sendiri memaklumkan perkara sebenar.

Dua tahun lepas kami ada terima pasangan gay yang nak buat tempahan di sini.

Ini pertama kali terjadi, saya pun terkejut.

Mula-mula dia tak cakap pun pasangannya gay, ingatkan dia nak kahwin macam pengantin lain.

Tapi bila kami tanya tentang pasangan, dia mengelak. Namun lama kelamaan, akhirnya dia beritahu.

Bagaimanapun, usahawan tersebut nekad untuk tidak meneruskan tempahan berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan menawarkan sebarang perkhidmatan dalam apa juga majlis yang melibatkan pasangan songsang.

Pada awalnya kami pun tak tahu nak buat macam mana tapi selepas perbincangan, kami tolak.

Itu prinsip kami. Kalau ada pasangan yang songsang ini memang kami takkan ambil.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan tindakan usahawan itu yang memilih untuk tidak bersubahat dengan perkara tidak bermoral.

Dalam masa yang sama, mereka juga memuji usahawan tersebut yang menegakkan agama meskipun kehilangan pelanggan.

Sumber: TikTok Omarza