Saat melahirkan bayi merupakan detik yang paling mendebarkan bagi ibu mengandung. Mereka berdepan dengan pelbagai risiko yang boleh membahayakan nyawa si ibu dan anak. Oleh itu, ibu-ibu disarankan berjumpa pakar perubatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Di Twitter, seorang ibu muda dalam lingkungan 20-an maut akibat pendarahan teruk selepas melahirkan anak. Si suami dikatakan tidak membenarkan isteri bersalin di hospital menjadi punca isteri melahirkan bayi di rumah.
Tak dapat diselamatkan
Satu lagi kes kematian ibu kerana bersalin di rumah akibat kes tumpah darah.
Kes tumpah darah sering berlaku zaman dahulu. Perubatan moden telah mengenal pasti apakah faktor risiko yang menyebabkan sesetengah ibu boleh mengalami tumpah darah. Antaranya ialah rahim tidak mengecut selepas bersalin atau uri (plasenta) lambat dikeluarkan.
Mengulas dengan lebih lanjut isu ini, Prof Madya Dr Rafidah Hanim berkata bersalin di hospital adalah usaha terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menyelamatkan nyawa.
Suami jangan pentingkan diri
Ada ubat untuk membenarkan rahim kecut dengan cepat, ada teknik supaya uri keluar dengan segera dan hospital ada bank darah untuk cepat dibekalkan sekiranya berlaku juga pendarahan. Jika penyebabnya adalah plasenta yang menghalang laluan, pembedahan Caesarean boleh menyelamatkan nyawa.
Memilih kelahiran di hospital, adalah ikhtiar dan kaedah berusaha yang terbaik. Memilih bersalin di rumah, boleh jatuh kepada sengaja memilih kemudaratan sedangkan ada alternatif.
Dua anak kini kehilangan ibu kandung buat selama-lamanya.
Suami, jangan pentingkan diri sendiri dan pilih YANG TERBAIK untuk isteri anda. Jika anda ada isteri yang terpengaruh dengan membenci kelahiran di hospital, menjadi tanggungjawab anda untuk BERTEGAS.
Di hospital terdapat pakar terlatih, ubat-ubatan dan bekalan darah untuk menyelamatkan nyawa si ibu dan anak. Jadi, suami harus memainkan peranan penting dalam hal ini.
Sumber : Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar