berita

[VIDEO] ‘Tiada Koyak & Tak Kena Jahit’ – Emma Maembong Nafi Tumpah Darah, ‘Confinement Lady’ Jaga Rapi

May 22nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Emma Maembong ‘naik hantu’ dituduh tidak berpantang selepas melahirkan anak kedua pada 9 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Baru 10 Hari Berpantang, Emma Maembong Keluar Pergi Wayang ‘Support’ Zizan Razak

Jangan stres pasal pantang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Menerusi Instagram (IG), Emma menegaskan dia berpantang dengan ‘confinement lady’ atau penjaga pantang. Katanya, dia melakukan proses bertungku, tangas, berurut, bersauna serta memakai bengkung sama seperti ibu lain yang baru bersalin.

Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okeylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.

Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam mereka duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang atau tidak.

Alhamdulillah, saya sihat tiada pun sampai yang kata saya menangis, ke tumpah darah, semua (tuduhan) itu fake (palsu). Saya berpantang, jangan risau.

Tiada koyak kena jahit

Selain itu, aktres berumur 32 tahun berkata dia bersalin normal tanpa jahitan dan koyakan. Justeru, dia mampu bergerak namun tidak aktif sehingga menyertai ‘marathon.’

Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal. Jadi, saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing.

Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga. Cuma saya taklah sertai pertandingan larian.

Dalam pada itu, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail merasakan tidak adil untuk menyamakan situasinya dengan cara ibu lain berpantang.

Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang.

Terdahulu, Emma baru melahirkan bayi lelaki kedua, Shakil Aryan Shah secara normal di sebuah pusat perubatan.

Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 202 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×