berita

Suami Jual Isteri, Peroleh Hampir RM3k Sebulan – ‘Saya Sakit Hati Tengok Dia Lakukan Hubungan Intim Tapi..’

March 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan pihak polis selepas disyaki menjual isterinya kepada lelaki hidung belang melalui aplikasi MiChat.

Jual isteri di MiChat

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, suspek yang hanya dikenali sebagai ‘AR’ dikatakan sanggup menyewa bilik di sebuah rumah tumpangan yang terletak di Kota Serang, Indonesia untuk dijadikan sebagai tempat si isteri (EE) melayani para pelanggan. Lebih mengejutkan apabila mengetahui pasangan suami isteri ini tergamak membawa anak kembar mereka berusia enam tahun ke rumah tumpangan tersebut saat melakukan kerja terkutuk itu.

Perbuatan terkutuk itu akhirnya terbongkar dan AR telah ditahan polis atas pertuduhan memperdagangkan manusia. Semasa soal siasat dijalankan, AR mendakwa dia tidak pernah memaksa isterinya tetapi isterinya sendiri yang menawar diri mahu menjadi pemuas nafsu lelaki si hidung belang.

Isteri saya melakukan pekerjaan ini atas kemahuannya sendiri. Tiada paksaan dari saya sama sekali. Saya sebagai lelaki normal, sakit hati bila melihat isteri melakukan hubungan intim dengan lelaki lain. Tetapi itu kemahuan isteri sejak lima bulan lalu.

Peroleh RM3k sebulan

Sekadar gambar hiasan

Meskipun cemburu dan tidak sanggup melihat si isteri melayani lelaki lain, tetapi AR mengaku harus terima demi keperluan dan kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Jelas AR lagi, upah yang diterimanya sebagai penunggang Ojek Online tidak cukup untuk menyara kehidupan isteri dan anak-anaknya.

Sementara si isteri mengaku melakukan pekerjaan terkutuk itu adalah atas kemahuannya sendiri dan tiada paksaan daripada si suami.

Saya yang nak jual diri, walaupun dilarang oleh suami. Kerana masalah kewangan, saya terpaksa. Suami pula kerja ojek online.

Kalau ada pelanggan, anak-anak dan suami akan tunggu/sorok di dalam bilik berasingan.

Menurut sumber, AR mempromosikan perkhidmatan isterinya melalui aplikasi MiChat. Sekiranya ada pelanggan, AR akan berbincang untuk menetapkan kadar perkhidmatan pada harga 500,000 rupiah (RM146) untuk tempoh 30 minit. Hasil pendapatan sebulan, pasangan itu mampu meraih 10,000,000 rupiah atau hampir RM3,000.

Sumber: Tribunnews, Kompas

SKIP THIS AD ×