berita

Suami Kantoi ‘Joget’ Sakan Dengan Kakak Angkat Dalam Kelab, Gadis 19 Tahun Tak Kesal Cerai Usia Muda

July 29th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, seorang gadis berusia 19 tahun berkongsi video dan kisah mengenai bekas suaminya yang dikatakan curang dan berhibur di sebuah kelab malam bersama kakak angkatnya sendiri pada bulan Mei yang lalu.

Trauma kenal mana-mana lelaki

Gadis yang dikenali sebagai nama Fara ini, mengakui sudah bercerai pada 2 Jun dan kini trauma untuk mengenali mana-mana lelaki. Tambah Fara, dia tidak mempunyai niat untuk membuka aib sesiapa, sebaliknya memuat naik video ‘curang’ tersebut di TikTok untuk peringatan buat para isteri.

Video itu dirakam oleh kawan saya. Suami tak kenal. Ketika kejadian, kawan terus hantar video dekat saya. Ini sebenarnya dah kali ketiga. Cuma, sebelum ini tiada bukti dan saya malas nak layan. Bila dapat video tu, hati saya hancur. Saya dekat rumah cari rezeki, dia berjoget dengan perempuan lain. Saya menangis sebab geram. Saya minta cerai dekat dia tapi dia tak nak lepaskan saya. Kami dah berbaik semula, tapi dia ulang buat benda yang sama selepas itu. Akhirnya kami cerai bulan Jun dan naik mahkamah pada bulan Ogos.

Bercerita lebih lanjut, Fara memberitahu anaknya meninggal dunia pada usia kandungan sembilan bulan. Kehilangan tersebut membuatkan dia terus berfikir setiap masa. Biarpun bercerai pada usia yang muda, Fara akui tidak menyesal dan menjadikan ian sebagai satu pengajaran untuk masa hadapan.

Sumber: Fara 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×