Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mendedahkan kisah perit rumah tangganya apabila dia dimadukan oleh suami secara senyap-senyap.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Lain Jangan Bodoh Sangat, Dah Tahu Suami Orang Tapi Menggedik’ – Aisyah Hijanah
Naluri seorang isteri
Gambar sekadar hiasan
Menerusi temu bual oleh sebuah stesen radio, wanita yang dikenali sebagai Shelly berkata tindakan suaminya itu terbongkar apabila dia melihat perubahan terhadap tingkah laku lelaki tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.
Kami kan suami isteri, satu rumah dengan dia jadi perubahan dia semua saya nampak. Saya dapat rasakan sesuatu yang tidak baik. Sebulan selepas itu, saya ternampak sijil kahwin dia di Songkhla.
Saya ada tanya dia tapi dia tak mengaku jadi saya buat keputusan untuk tarik diri daripada perkahwinan itu. Saya tak boleh nak berkongsi suami walaupun suami saya nak pertahankan rumah tangga.
Dalam pada itu, wanita tersebut berkata dia sudah pun bercerai namun mengakui terkesan dengan kisah poligami yang sedang hangat diperkatakan sepanjang minggu ini.
Yang mengalami sahaja yang tahu bagaimana perasaan bila dapat tahu suami pergi kahwin dekat Songkhla.
Sampai bila nak sorok? Lama-lama akan tahu juga dan naluri kita kuat.
Bercerita lanjut, Shelly berkata dia mengambil masa beberapa tahun untuk memupuk semula kepercayaan terhadap kaum lelaki.
Walau bagaimanapun, dia mengucapkan rasa syukur apabila bertemu jodoh sekali lagi namun trauma daripada perkahwinan terdahulu menyebabkan dirinya masih ada perasaan takut terhadap pasangan.
Alhamdulillah tapi masih ada perasaan takut dengan apa yang pernah terjadi. Kadang suami saya cakap tak perlu ingat lagi kisah lama tapi sebagai seorang perempuan dan pernah mengalami keadaan macam itu, lagilah bila kena pukul dulu..jadi memanglah teringat.
Saya kena pukul sampai koyak kepala.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati terhadap Shelly dan mendoakan kebahagiaannya selain ada juga yang turut berkongsi kisah poligami keluarga mereka.
Sumber: TikTok