berita

[VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?

November 27th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

alif teega & fatin nikah thailand?

Nama pempengaruh media sosial, Alif Teega menjadi bualan panas warganet selepas membuat pengakuan berkahwin dua dengan seorang wanita yang dipercayai sebagai Fatin Umaidah Ramli.

Artikel Berkaitan: Adik Aisyah ‘Spill The Tea’ Nama Penyondol, Dakwa Alif Teega Dah Ada ‘Affair’ Sejak Setahun – ‘Kawal La Nafsu Kau’

Kahwin di Songkhla?

alif kahwin 2 aisyah

Terbaru, tular satu gambar yang memaparkan Alif bersama isteri kedua beserta maklumat perkahwinan. Berdasarkan foto itu, tertera nama penuh Alif dan Fatin Umaidah sebagai pengantin lelaki dan perempuan.

Selain itu, tarikh akad nikah mereka juga tertulis iaitu pada 21 November 2023 dalam kertas yang bertajuk ‘Gambar Pasangan Berkahwin’.

Bukan itu saja, turut didedahkan tempat akad nikah di mana Alif dan Fatin Umaidah disatukan sebagai suami isteri iaitu di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Pada petang Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×