
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Mariyah Yaacob atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja mendakwa menerima layanan buruk daripada bekas suaminya.
Artikel Berkaitan: Mak Cik Kemboja Diceraikan Suami Secara ‘Live’, 200 Mata Jadi Saksi – ‘Lima Kali Dia Tulis Lafaz’
Artikel Berkaitan: Mak Cik Kemboja Anggap Ujian Yang Menimpa Tanda Allah Sayang – ‘Ramai Doakan Saya’
Culas tanggungjawab?

Menerusi hantaran di TikTok, Mak Cik Kemboja turut mendakwa, bekas suaminya culas menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selain tidak memberikan nafkah zahir dan batin.
Macam mana nak layan suami macam raja kalau suami pun layan saya macam sampah. Dia tak pernah pedulikan saya.
Tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik. Sesungguhnya isteri adalah cerminan suami. Kalau suami nak isteri layan dia baik, suami harus beri layanan yang baik juga kepada isteri.
Ini dah tiga hingga empat bulan tak balik rumah, tak beri nafkah zahir dan batin. Nak beri layanan baik macam mana? Ikut penyondol.
Enggan mengambil pusing cakap netizen, Mak Cik Kemboja berkata, dia tidak mampu menutup mulut mereka di luar sana yang tidak tahu tentang cerita sebenar dugaan dialaminya sepanjang perkahwinan.
Netizen di luar sana boleh lah bercakap apa mereka mahu, tapi mereka tidak berada di tempat saya.
Tak kena batang hidung mereka. Pedulikan apa orang nak cakap. Puas sudah hati merayu, memujuk, melutut. Sampai sini sahaja, maruah wanita bukan untuk dipijak.
Terdahulu, Mak Cik Kemboja telah diceraikan oleh bekas suami yang dikenali sebagai Mr. S melalui siaran langsung di TikTok selepas 15 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Bekas suami usahawan itu melafazkan talak sebanyak lima kali dengan disaksikan oleh lebih 200 penonton yang masuk ke sesi tersebut.
Video
Sumber: TikTok








