berita

[VIDEO] Mak Cik Kemboja Menangis Mohon Maaf Pada Anak – ‘Saya Tak Patut Tarik Ezuan, Dia Masih Muda’

December 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mak Cik Kemboja

Usahawan sensasi yang dikenali sebagai Mak Cik Kemboja memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam disebabkan terpalit sama dalam isu mengeluarkan kenyataan orang ‘Melayu malas’.

Artikel Berkaitan: Mak Cik Kemboja, Anak Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Hina Melayu

Artikel Berkaitan: Makcik Kemboja & Anak Lelaki Bakal Didakwa Esok, Di Mahkamah Melaka

Mohon pada anak

Mak Cik Kemboja

Menerusi hantaran di TikTok, Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob berkata anaknya itu tidak seharusnya terjebak dalam isu tersebut disebabkan usianya yang masih muda.

Saya minta maaf pada Ezuan, anak saya sebab telah tarik awak dalam masalah ini. Saya minta maaf sangat-sangat pada Ezuan.

Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini.

Tapi saya harap, Ezuan kuat dan Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu.

Saya kena kuat untuk anak-anak saya. Kena kuat pekerja-pekerja saya yang masih mengharapkan sumber rezeki daripada syarikat saya.

Dalam perkongsian sama, Mak Cik Kemboja dilihat gagal menahan air mata sambil memeluk anaknya itu.

Menurutnya, dia tidak boleh tidur malam disebabkan mengenangkan nasib anaknya.

Saya tidak boleh tidur sebab fikir kenapa jadi ibu yang tarik anak sekali dalam masalah ini.

Dalam pada itu, anak Mak Cik Kemboja berkata dia tidak mahu ibunya bersedih dan akan sentiasa bersama dengannya dalam waktu susah mahupun senang.

Saya kuat macam ibu, saya kan anak Mariyah. Ibu jangan sedih. Saya sentiasa dengan ibu.

Kita akan lalui bersama, segala kebenaran itu akan terbukti nanti.

Pada Khamis lalu, Mak Cik Kemboja dan anak lelakinya yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa orang ‘Melayu malas’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.

Video

@mariyahholdingsmadam kena kuat, ibu kena kuat ??? Sad – Enchan

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×