Penyanyi Wany Hasrita dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun belum lagi mempunyai perancangan destinasi berbulan madu selepas selesai dua buah majlis.
Artikel Berkaitan: Terima Sebentuk Cincin Berlian, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri
Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Syukur Suami Faham Kerjaya Seni, Pesan Kena Pandai Jaga Diri
Syarat utama
Ditanya kepada Adib, apa keistimewaan Wany dan syarat yang diletakkan untuk isteri tercinta tetap meneruskan karier seni selepas berkahwin. Kata Adib kepada OhBulan!, perkara pertama adalah perlu melabuhkan tudung.
Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain.
Apa-apa yang dia akan buat, selalu saya akan tanya kalau saya buat dia okey tak. Syarat paling utama saya bagitahu adalah labuhkan tudung.
Mendengar permintaan itu, Wany, 30, berkata dia akan menitikberatkan soal penampilan dan berdoa agar imannya tidak lagi naik turun.
Saya cuba sedaya upaya malah sebelum ini sudah dinasihatkan. Tetapi iman kadang-kadang bergegar. Saya cuba. Saya harap dan doa semoga Allah tetapkan hati dan mencontohi mereka yang masih berada dalam industri tetapi masih menjaga.
Wany dan Adib berkata demikian ketika majlis kesyukuran sempena pernikahan mereka yang diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Tak pasti jangan kongsi
Dalam pada itu, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah berharap agar tindakannya merahsiakan hubungan sehingga sah menjadi suami isteri dapat dicontohi orang ramai.
Sebenarnya saya berahsia sebab pengalaman sebelum ini. Bila hubungan dengan Adib, saya dah tahu hujung yang mana (hala tuju). Yang mana saya boleh jaga, saya jaga. Sebab itu saya tak kongsi kepada umum.
Kalau tak pasti, tak sah (jangan kongsi) sebab tak rugi apa pun sebenarnya. Kalau kongsi tetapi tak jadi nanti kena padam satu-satu. Harap sedikit sebanyak menjadi contoh kepada orang di luar sana.
Pelantun lagu Menahan Rindu juga mengikuti nasihat ibu yang melarang untuk menayang kebahagiaan mahupun derita di media sosial.
Saya gementar nak cakap.. kalau-kalau terbuat nanti. Tetapi saya bersetuju sebab ibu pun dah pesan..bahagia jangan tunjuk, derita pun jangan tunjuk. Gambar raya boleh kan kongsi (berseloroh).
Pada Jumaat lalu, Wany selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, hanya dengan dua kali lafaz di Damansara Perdana.
Pasangan itu diraikan dalam satu majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan pihak media.
Sumber Foto: Instagram @ejashahril & WSVS.co