berita

Suami Maut Terjun Dari Tingkat 19 Selepas Isteri Merajuk & Keluar Dari Rumah

September 5th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki ditemui maut selepas dia nekad untuk terjun dari tingkat 19 rumahnya di salah sebuah kondominium di Bukit Mertajam.

Menerusi Harian Metro, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana tertekan dengan masalah rumah tangga yang dihadapinya. Sebelum kejadian, isteri mangsa dikatakan merajuk dan bertindak keluar rumah.

Berlaku perselisihan faham dengan isteri

Kejadian itu kemudian disedari oleh penduduk setempat apabila menjumpai mangsa yang terlentang dan kepalanya pecah berdekatan parkir motosikal di kawasan kondominium tersebut.

Ada saksi memberitahu yang isterinya kemudian keluar daripada rumah terbabit bersama anak mereka yang berusia 12 tahun, 2 petang semalam, membuatkan lelaki itu tertekan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa dipercayai mempunyai perselisihan faham dengan isterinya.

Lelaki terbabit yang dikatakan tidak dapat mengawal perasaan mengambil tindakan nekad dengan terjun melalui tingkap kira-kira enam jam selepas isteri dan anak keluar daripada rumah berkenaan.

Terjun dari tingkap rumah

Pihak polis terpaksa memecahkan pintu rumah tersebut untuk siasatan dan mendapati tidak berlakunya sebarang unsur jenayah. Mangsa dipercayai telah terjun dari tingkap rumahnya.

Keadaan rumahnya tidak berselerak manakala tingkap dalam rumah terbabit pula dalam keadaan terbuka dan dia dipercayai terjun melalui tingkap itu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat. Menurut pihak polis, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

 

SKIP THIS AD ×