berita

Suami Meninggal Dunia Dalam Bilik Air, Isteri Terlantar Sakit Hanya Mampu Hidu Bau Busuk

October 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Sungai Petani, Kedah seorang wanita warga emas yang terlantar sakit berikutan mempunyai masalah kesihatan hanya mampu menghidup bau mayatnya suaminya yang meninggal dunia di dalam bilik air rumah mereka.

Difahamkan, kematian suaminya berusia 79 tahun, dapat diketahui selepas bau busuk yang datang dari rumah berkenaan sebelum jirannya bertindak menghubungi anak pasangan ini.

Mayat dijumpai dalam bilik air

Sekadar gambar hiasan

Lapor Harian Metro, si isteri yang berusia 80 tahun sudah uzur dan nyanyuk hanya mampu terbaring atas tilam di ruang tamu rumah mereka yang dikunci dari dalam. Susulan daripada itu, sepasukan anggota bomba bergegas ke rumah berkenaan dan terpaksa memecah pintu bagi membuat pemeriksaan lanjut sebelum menemui mayat lelaki yang berada di dalam bilik air.

Ujar Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah pihaknya menerima panggilan daripada pegawai bomba pada jam 1.45 tengah berhubung penemuan mayat warga emas ini.

Susulan daripada itu, polis bergegas ke lokasi kejadian yang juga rumah teres setingkat dan hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia lebih daripada 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat. Anak pasangan terbabit memberitahu bapanya hanya tinggal berdua bersama ibu di rumah itu.

Lawat seminggu sekali

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, anak kepada pasangan ini menjelaskan dia akan datang melawat kedua ibu bapanya seminggu sekali dan turut membawa makanan.

Anak mangsa mendakwa kali terakhir dia bertemu bapanya adalah pada 23 September lalu dan memberitahu mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit. Dia juga mendakwa bapanya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di klinik atau hospital.

Hasil soal siasat di tempat kejadian, pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian warga emas itu.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk ujian saringan Covid-19 sebelum bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×