berita

Suami Nabila Razali Tak Cerewet Makan, Bersahur Hanya Dengan Kurma

March 22nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali akui gementar apabila pertama kali menyambut Ramadan sebagai seorang isteri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janganlah Sengaja Memecah Belahkan Hubungan Terutama Rumah Tangga Seseorang’ – Nabila Razali

‘Suami juga tidak cerewet’

Ketika ditemui OhBulan! di majlis sidang media pelancaran lagu ‘Raya Mana?’ pada Khamis, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia akan memasak sekiranya mempunyai kelapangan masa.

Saya memang gementar dan hari pertama berpuasa saya mula masak pukul 2 pagi sebab risau tak sempat nak masak dan terlajak tidur. Selepas selesai memasak, kami bersahur sekitar 3 pagi.

Tapi sekarang saya dah tahu bahagikan masa, bangun lewat sedikit. Pukul 4 pagi bersahur.

Dalam pada itu, Nabila menyifatkan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39, seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.

Suami juga tidak cerewet. Kami selalu makan lewat malam (moreh) dan dia (suami) senang je, bersahur dengan kurma sahaja. Tapi saya sebagai isteri mestilah rasa nak masak untuk suami.

Bercerita mengenai kerjayanya sepanjang bulan Ramadan, Nabila meluahkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan. Pelantun lagu Pematah Hati itu turut menyifatkan rezeki selepas berkahwin sangat luar biasa.

Dalam bulan Ramadan ni, Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat. Rezeki selepas berkahwin tu memang lain macam sikit.

Saya baru keluarkan lagu raya berjudul Raya Mana, produk (Madew) dan tudung (scarf by Nabila Razali). InsyaAllah selepas raya, saya akan masuk set semula untuk berlakon selain meneruskan bisnes. Semoga dipermudahkan.

Sekadar info, Nabila Razali telah melancarkan lagu raya pertamanya berjudul ‘Raya Mana?’ ciptaan Ezra Kong. ‘Raya Mana’ yang merupakan kerjasama Nabila Razali Entertainment dan Warner Music Malaysia boleh didengari di pelantar digital utama iaitu Spotify, Apple Music dan Youtube manakala video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Nabila Razali bermula 22 Mac 2023.

Terdahulu, Nabila dan Nik Iruwan selamat bernikah pada 18 November tahun lalu pada majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat masing-masing.

SKIP THIS AD ×