berita

[VIDEO] ‘Janganlah Sengaja Memecah Belahkan Hubungan Terutama Rumah Tangga Seseorang’ – Nabila Razali

March 19th, 2024 | by Alia
Kini Trending

nabila

Tumpuan utama media sosial pada ketika ini adalah mengenai isu keretakan rumah tangga yang disebabkan orang ketiga.

Susulan itu, ramai yang memberikan respon dan pandangan berhubung isu berkenaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janganlah Dekat Dengan Suami Orang, Ramai Lagi Lelaki Bujang’ – Ika Nabella

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah

Pendapat Nabila

nabila

Menerusi temu bual bersama Drama Sangat, pelakon dan penyanyi Nabila Razali meluahkan pendapat tentang perkara tersebut.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali berkata, kewujudan orang ketiga bukan sahaja dalam perkahwinan tetapi ia boleh berlaku dalam hubungan kekeluargaan atau persahabatan.

Wujudnya orang ketiga ini sangatlah tidak sihat dalam mana-mana perhubungan pun bukan perkahwinan sahaja tetapi dalam hubungan adik beradik atau kawan.

Ada juga orang ketiga yang mengganggu perkahwinan, kononnya dia mampu memberi kebahagiaan yang lebih.

Orang ketiga ni kadang-kadang dia tak tahu pun apa yang berlaku antara kita berdua, dia hanya datang di tengah-tengah jalan. Dia tak tahu apa dugaan yang dua orang ini lalui.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pematah Hati ini juga sempat menitipkan nasihat buat semua individu di luar sana supaya tidak mengganggu mana-mana hubungan terutama hubungan suami dan isteri.

Kita ini sebagai manusia, semua orang melakukan kesilapan. Saya tidaklah menyalahkan mana-mana pihak tapi kita sebagai manusia juga kena cuba sedaya upaya untuk tidak mengeruhkan keadaan atau perhubungan.

Kita kena berhati-hati dalam melangkah masuk ke dalam urusan orang lain. Janganlah dengan sengaja nak memecah belahkan hubungan atau rumah tangga seseorang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Nabila selain menyifatkannya sebagai seorang wanita yang matang.

Betul Nabila, saya sokong benda baik.

Ya betul kata-kata itu.

Nabila lepas kahwin makin matang dan makin cantik.

@dramasangat

Inilah pesanan kasih sayang @nabila.razali buat penyondol kat luar tu! ? ?? WanitaSyurga -> Mulai 15 Mac -> Isnin-Jumaat -> 7malam di slot Akasia TV3! ? Dibintangi: @redzarosli @sitikhadijahhalim @redzarosli @marisa.yasmin Dan ramai lagi! Arahan @rizabaharudin Terbitan @zamriezgoldenpictures DramaSangat tv3malaysia

? original sound – dramasangat – dramasangat

Sumber: TikTok Drama Sangat

SKIP THIS AD ×