Gambar sekadar hiasan
Dah menjadi satu kebiasaan buat wanita mengandung untuk mengidam sesuatu jenis makanan atau minuman yang ingin mereka jamah sepanjang tempoh mereka mengandung.
Namun begitu, lain pula bagi seorang wanita ini yang berkongsi beberapa tangkap layar hantaran mesejnya bersama suami meminta untuk menunaikan keinginannya yang mengidam.
Artikel Berkaitan: Tidak Mahu Air Liur Anak Meleleh, Yonnyboii Usaha Tunaikan Mengidam Isteri
Mengidam nak minum arak
Menerusi hantaran dimuat naik pengguna bernama Faa Zainal di TikTok, dia mendedahkan kepada suaminya tentang keinginannya yang mengidam untuk meminum arak.
Difahamkan, rasa mengidam itu mula muncul kerana dia menjadi tertanya-tanya akan rasa minuman beralkohol tersebut kerana tidak pernah sesekali pun merasanya.
Sayang, I teringin arak, rasa macam nak minum. Hmm macam mana ni?
I tertanya beer, liquor, soju ni macam mana rasa dia.
Namun begitu, suami kepada wanita ini kemudiannya meminta agar isterinya itu untuk beristighfar kerana meminum arak merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.
Suaminya menjelaskan bahawa perbuatan meminum arak boleh menyebabkan ibadat isterinya tidak diterima selama 40 hari walaupun hanya minum setitik.
Suami wanita itu kemudiannya memberikan cadangan untuk membeli minuman seakan ‘arak’ namun versi yang halal serta boleh diminum.
Ingat Tuhan yang, setitik 40 hari ibadat tak diterima.
You ni kelakar lah sayang, I beli air yang seakan arak nak? Tapi halal. Nanti kita pergi cari eh tapi yang halal.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan suami kepada wanita itu agar tidak terlalu ikutkan mengidam isterinya sekiranya ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada isteri dan kandungan di dalam perutnya itu.
Sumber: TikTok