berita

Suami Rebecca Nur Al-Islam Sakit Pinggang, Terpaksa Jalan Pakai Tongkat – ‘Tak Tahu Nak Cakap Apa Punca’

September 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas diuji dengan satu keluarga dijangkiti Covid-19, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mendedahkan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman tiba-tiba mengalami masalah sakit pada bahagian pinggang sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh’ – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera

Tak tahu punca

Menurut Rebecca, 35, dia tidak tahu punca sebenar suaminya mengalami sakit pinggang namun dia beranggapan mungkin ada kaitan kesan selepas sembuh daripada dijangkiti Covid-19.

Akui risau melihat keadaan kesihatan suaminya, pemilik nama Rebecca Nur Al-Islam Ahmad terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Suami tercinta tiba-tiba sukar nak berjalan sebab sakit pada bahagian pinggang. Bangun susah dan nak jalan harus ada tongkatnya..

Dua hari lepas dah mula rasakan sesuatu pada pinggang tetapi tetap cuba kuatkan diri. Semalam macam susah nak berjalan pula dan terus bawa suami ke hospital sebab terlalu risau.

Tidak tahu nak cakap apa puncanya. Mungkin selepas baik daripada Covid-19 tahap empat dan lima. Hanya Allah SWT yang mengetahui.

Tengok keadaan dalam seminggu

Sementara itu, ibu kepada enam cahaya mata ini menyatakan suaminya diberi ubat oleh doktor dan akan dipantau keadaannya dalam masa seminggu.

Apa-apa pun doktor bagi ubat untuk seminggu tengok macam mana. Secara jujur suami memang tidak suka pergi hospital, apatah lagi masuk hospital. Insya-Allah semoga baik dan sakitnya ini biasa-biasa sahaja.

Engkau tariklah segala sakit yang dia rasa, engkau bantulah suamiku. Sesungguhnya engkau maha segala-galanya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, kelihatan Norazam terpaksa disorong menggunakan kerusi roda ketika berada di hospital. Malah, dia juga kelihatan sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan tongkat.

Pada awal Julai lalu, Rebecca, suami, anak-anak dan pembantu rumah disahkan positif Covid-19.

Ketika itu, keadaan suaminya dilaporkan kritikal apabila berada di tahap empat sehinggakan terpaksa dimasukkan ke sebuah Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan oksigen.

 

Sumber: Instagram @rebeccanuralislamahmad

SKIP THIS AD ×