Dari bergelar janda sehingga sudah bergelar isteri kepada jutawan muda, Aliff Awang, nama pelakon Fatin Afeefa masih menjadi topik hangat dalam kalangan warganet.
Baru-baru ini, reaksi suami Fatin ketika merasa ‘air tangan’ isteri tercinta ketika siaran langsung di TikTok mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Kahwin Sebab Naik McLaren? Fatin Afeefa Pilih Jutawan Sebab Wajah Hensem, Kaya Nombor Dua
Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Fatin Afeefa Rapat Dengan Ayah Tiri, Siap Jalan Berpegangan Tangan
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Video Nikah, Peminat Tumpang Rasa Bahagia – ‘Allah Dah Bagi Yang Lebih Baik’
Jujur komen masakan isteri
Menerusi video itu, Fatin dan Aliff sedang makan malam bersama dengan masakan ‘simple’ iaitu nasi goreng dan sambal ayam.
Namun, apa yang nampak ‘comel’ apabila Aliff menyatakan masakan yang dimasak pada malam Selasa itu agak manis dan masin.
Sedikit masin berbanding waktu baru-baru bercinta dulu.
Ayam sambal ni manis. Manis sangat dan tak rasa pedas.
Susulan komen itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin menjelaskan dia agak gementar kerana sambil memasak sambil ‘live’ dengan pengikut.
Dalam pada itu, pelakon filem Tentang Bulan juga sempat berkongsi resipi semasa menyediakan hidangan buat suaminya.
@cik_bungaaaa JUJUR ORANGNYAA …. #fatinafeefa #nasigoreng #fyp #fyp?
Bagus suami dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang bersikap jujur kepada isterinya demi memperbaiki masakan pada masa akan datang.
Sumber: Tiktok @cik_bungaaaa