berita

Suami Simbah Petrol, Bakar Isteri Sebab Cemburu Buta

December 7th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara cemburu buta, seorang lelaki tergamak membakar isterinya di kediamannya di Kebayoran Lama, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Isteri Berasmara Dengan Lelaki Lain, Suami Bakar Hidup-Hidup

Artikel Berkaitan: Kejam! Lelaki Bakar Isteri Kerana Cemburu

Temui mesej lelaki lain

lelaki curi ayam

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Prohaba, kejadian ini berlaku selepas suspek menemui mesej daripada lelaki lain yang dikatakan menjadi idola isterinya pada telefon mangsa.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Metro Jakarta Selatan AKBP Bintoro, suspek tidak dapat menahan marahnya segera mengambil petrol lalu dituangkan ke atas kepala mangsa.

Suspek kemudian membakar isterinya menggunakan mancis sebelum mangsa berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan jirannya.

Jirannya yang melihat kejadian tersebut segera membantu dengan cuba memadamkan api menggunakan kain basah bagi melindungi mangsa.

Selepas api berjaya dipadamkan, mangsa dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk rawatan.

Walau bagaimanapun, mangsa dikatakan melecur 70 peratus, manakala suaminya berjaya ditahan oleh polis.

Dia didakwa sebagai suspek keganasan rumah tangga dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Sumber: Prohaba

SKIP THIS AD ×