Penyanyi, Adira Suhaimi akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sedang sarat mengandung tujuh bulan. Tambah Adira, dia dijangka melahirkan anak keempat pada hujung bulan September atau Oktober depan.
Artikel berkaitan: Peminat Teruja Tengok ‘Baby Bump’, Adira Kunci Mulut Tentang Kehamilan
Saya tak mahu hamil lagi
Menerusi laporan Berita Harian, Adira memberitahu dia mahu ‘tutup kilang’ selepas memiliki empat cahaya mata. Pelantun suara ‘Ombak Rindu’ ini berasa cukup sekiranya dikurniakan dua pasang cahaya mata.
Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya. Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin. Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan. Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah. Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya.
Ujar Adira lagi, dia memilih tidak terlalu aktif meskipun pengalaman hamil kali ini tidak terlalu memenatkan.
Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan. Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG). Kali ini, saya aktif dan agak lasak.
Mengulas mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan, Adira berkata, dia belum bersedia mendedahkan hal tersebut.
Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata. Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada.
Sumber: Berita Harian