
Suami kepada wanita yang sarat hamil tampil membuat laporan polis sebagai tindakan awal susulan dakwaan isterinya yang mencuri oleh seorang penyelia pasar raya.
Artikel Berkaitan: Dituduh Pembuli, Sera Melissa Buat Laporan Polis – ‘Sedia Beri Kerjasama Kalau Tuduhan Benar’
Artikel Berkaitan: Fitri Haris Buat Laporan Polis, Penganjur Konsert ‘This Is UNIC’ Didakwa Belum Lunaskan Bayaran
Laporan polis
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, suami kepada wanita hamil yang dikenali sebagai Fareez menegaskan insiden yang menimpa mereka berdua bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Menurut Fareez, dia percaya proses yang sedang berjalan akan memberi keadilan sewajarnya selepas maruah isterinya tercalar susulan tuduhan mencuri yang dibuat tanpa bukti.
Langkap pertama dah bermula.
Apa yang berlaku pada isteri saya bukan perkara kecil untuk tutup mata. Maruah seorang wanita yang sedang sarat mengandung dipijak dengan satu tuduhan yang langsung tiada bukti.
Saya percaya pada proses. Saya percaya pada keadilan. Dan saya juga percaya setiap tindakan ada akibatnya.
Ini baru permulaan. Masih ada langkah-langkah yang akan muncul.
Dalam pada itu, Fareez menzahirkan rasa syukur kepada rakyat Malaysia yang tampil memberi sokongan serta tunjuk ajar dalam menangani insiden tersebut selain berharap perkara sama tidak lagi menimpa mana-mana individu.
Saya juga nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, anda semua memang terbaik.
Saya baca setiap komen dan mesej. Dalam saat saya dan isteri diuji, anda semua buat kami rasa tidak bersendirian.
Saya cuma berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi kepada mana-mana ibu mengandung, keluarga atau orang lain pada masa akan datang.
Terdahulu, suami kepada wanita mengandung itu mendakwa seorang penyelia pasar raya itu yang menyuruh isterinya berdiri selama 20 minit selepas dituduh mencuri.
Difahamkan, isterinya yang berusia 23 tahun dituduh mencuri barang yang kononnya disorok di dalam pakaian.
Sumber: Threads @fareezshah10