
Suami kepada, Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin bersedia untuk melafazkan cerai terhadap isterinya pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Suami Zehra Zambri Enggan Lafaz Cerai Bersebab, Masih Tinggal Serumah Sebagai Ibu Bapa – ‘Tanyalah Dia Anak Tidur Dengan Siapa?’
Artikel Berkaitan: Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali Sepanjang Perkahwinan – ‘Paling Latest Masa Separuh Akhir GV11’
Tengah tidak suci
Walau bagaimanapun, Iqwan terpaksa menangguh niatnya disebabkan Zehra enggan menggugurkan empat daripada tuntutan perceraian yang difailkan selain penyanyi itu berada dalam keadaan tidak suci.
Saya memang berhasrat nak melafazkan cerai kepada isteri pada hari ini, tetapi saya terpaksa tangguh disebabkan keadaan Zehra yang tidak suci selain dia enggan gugurkan empat tuntutan dalam permohonan perceraian yang dibuat.
Antara butiran yang saya tidak bersetuju adalah mengenai tuduhan kekerasan dan gangguan mental. Tetapi hanya satu yang saya setuju kekalkan iaitu tiada kesefahaman dalam perkahwinan.
Selagi dia tidak mengugurkan empat perkara itu, saya akan berjuang untuk terus membersihkan nama saya. Ini bukan hal kecil kerana melibatkan reputasi dan maruah saya.
Iqwan berkata demikian sejurus prosiding pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, pada Rabu.
Pun begitu, wakil JKP mewakili Iqwan tidak dapat menghadirkan diri disebabkan mempunyai urusan kecemasan.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 14 Mei sebagai tarikh baharu untuk Iqwan melantik wakil JKP.
Kawan lelaki jadi wakil JKP
Menurutnya lagi, ketiadaan wakil JKP bukan sengaja untuk melambatkan proses mahkamah, memandangkan Zehra sudah melantik bapanya sebagai wakil pihak perempuan.
Saya sudah maklumkan perkara itu kepada hakim sebentar tadi mengenai urusan kecemasan tentang wakil yang sepatutnya dilantik.
Jadi pada 14 Mei nanti saya akan bawa rakan baik yang menjadi tempat saya berkongsi cerita dan masalah sejak saya mendirikan rumah tangga dengan Zehra hampir tiga tahun lalu. Kawan saya lelaki bukan perempuan.
Pada 10 April lalu, mahkamah memutuskan kedua-dua pihak untuk melantik wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.