berita

Suami Tikam Isteri Mengandung Diperintah Ke Hospital Bahagia Jalani Pemeriksaan

November 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial, apabila seorang isteri yang sedang sarat hamil 37 minggu telah ditikam oleh suaminya di kediaman rumah mereka di Putrajaya, baru-baru ini. Susulan daripada kejadian itu, lelaki tersebut telah direman oleh pihak polis sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, pembantu jurutera audio itu diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Menjalani pemeriksaan selama 30 hari

Sekadar gambar hiasan

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri, mahkamah telah meminta tertuduh untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia selama 30 hari. Tambah Nurliyana, tertuduh seolah-olah tidak memahami tuduhan yang telah dibacakan terhadapnya meskipun disoal berulang kali oleh jurubahasa mahkamah.

Saya pohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi pihak hospital melakukan pemerhatian dan membuat penilaian terhadapnya.

Pada masa yang sama, Nurliyana turut memberitahu bahawa 13 Disember, merupakan tarikh yang ditetapkan semula oleh pihak mahkamah bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu status kesihatan mental tertuduh.

Sengaja mencederakan isteri

Menceritakan tragedi yang berlaku, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya yang berusia 35 tahun dengan menggunakan pisau lipat sehingga mengalami kecederaan di bahagian limpa. Namun, wanita itu selamat melarikan diri dan melahirkan bayi  yang dikandung melalui pembedahan pada hari yang sama.

Mengikut dakwaan kes, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan, iaitu penjara hingga dua kali ganda daripada hukuman penjara yang dikenakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Semasa perbicaraan tersebut berlangsung, keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×