
Najis bayi terbahagi kepada dua kategori, iaitu najis mukhaffafah dan najis mutawassitah, yang berbeza dari segi cara penyucian.
Artikel Berkaitan: Perlu Atau Tidak Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Ini Penjelasannya
Artikel Berkaitan: Sah Atau Tidak: Bolehkah Pakai Pewarna Kuku Semasa Berwuduk?
Tisu basah hilangkan kotoran bukan sucikan kawasan

Najis mukhaffafah biasanya merujuk kepada air kencing bayi lelaki di bawah usia dua tahun yang hanya menyusu badan, manakala najis mutawassitah ialah najis yang lebih berat dan memerlukan perhatian khusus ketika dibersihkan.
Bagi bayi atau anak kecil, proses membersihkan najis mereka memerlukan bantuan orang dewasa kerana mereka masih belum mampu menguruskan diri sendiri sepenuhnya.
Oleh itu, pemilihan kaedah dan alat pembersihan perlu dipertimbangkan dengan teliti untuk memastikan kesucian dari segi hukum syarak terjaga.
Dalam rutin penjagaan harian, ibu bapa sering menggunakan tisu basah bayi untuk memudahkan proses pembersihan selepas bayi membuang air atau najis.
Tisu basah mengandungi air sabun dan pewangi yang membantu menghilangkan kotoran fizikal, tetapi ia tidak mensucikan kawasan yang terkena najis.
Dalam Islam, pembersihan fizikal sahaja tidak cukup untuk memastikan ia suci dari segi syarak, kerana air yang digunakan untuk penyucian mestilah air mutlak, iaitu air bersih yang mampu membersihkan najis.
Air yang telah digunakan sebelumnya (air musta’mal) atau yang telah dicampur dengan bahan lain sehingga berubah sifatnya (air mutaghayyir), seperti air sabun atau air mawar, tidak sah digunakan untuk menyucikan najis.
Dibersihkan guna air yang mengalir

Sepertimana yang disebutkan oleh Habib Hasan Bin Ahmad al-Kaf dalam kitabnya, bagi kategori najis mukhaffafah, cara pembersihannya hanya memerlukan air yang mencukupi untuk merenjiskan kawasan najis sehingga hilang sifatnya.
Najis mutawassitah pula, ianya perlu dibersihkan dengan air yang mengalir sehingga hilang sifatnya, termasuk warna, bau dan rasa.
Menurut Raudah al-Tolibin karya al-Nawawi, sekiranya tiada air mutlak, seseorang boleh menggunakan beberapa alat alternatif seperti batu, daun atau tisu kering untuk membersihkan najis, dengan syarat ia suci, kering, kesat, dan bukanlah sesuatu yang dihormati.
Sehubungan itu, penggunaan tisu basah bayi sebaiknya dijadikan langkah pertama untuk menyingkirkan kotoran, kemudian kawasan itu perlu dibasuh dengan air mutlak yang mengalir untuk memastikan najis hilang sepenuhnya.
Dengan cara ini, bayi bukan sahaja bebas dari kotoran, tetapi juga berada dalam keadaan suci dari segi hukum syarak, selaras dengan keutamaan Islam terhadap kebersihan dan kesucian.
Sumber: Buzz Kini





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

