Jika sebelum ini, pelakon kacak Dini Schatzmann pernah berkongsi bakal mengumumkan satu berita besar mengenai status hubungannya bersama Janna. Namun, kini giliran kekasihnya, pelakon dan penyanyi, Janna Nick pula tampil untuk berkongsi berita tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Umum Berita Baik – ‘Kena Tunggu Mungkin Lepas Ramadan’
Artikel Berkaitan: Janna Nick & Nazim Othman Makan Cucur Udang Bersama Jadi Bualan Netizen – ‘Ala Bukan Dengan Yang Tu Ke…’
Berita baik
Menerusi temu bual program Melodi, wanita berusia 27 tahun ini memberitahu bakal mengadakan pertemuan dengan pihak media bagi berkongsi satu berita baik.
Bagaimanapun, Janna enggan mendedahkan butiran berita baik yang dimaksudkan itu. Malah, pelantun lagu Gatal ini menjelaskan sedang mengatur perancangan bagj masa hadapannya.
Doakan baik-baik untuk saya. Ini kerana saya ada perancangan. Saya lega segala perancangan berjalan seperti apa direncanakan. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang tentukan.
Bukan itu sahaja, Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick mengakui lebih gemar berkongsi berita baik secara bersemuka dengan media, bukan hanya media sosial sahaja kerana dapat berkongsi cerita dengan lebih terperinci.
Jadi, untuk memberitahu cerita lebih jelas, saya akan menjemput semua media yang dihormati dan akan ceritakan satu persatu dengan sejujurnya.
Kepada semua, apapun saya hendak semua orang tahu. Apa yang saya buat, bakal lakukan atau sudah pun lakukan, saya harap terimalah dengan hati terbuka. Terimalah, saya ada tanggungjawab di bahu yang perlu diselesaikan.
Akhirnya, sudah sampai masa untuk saya bercerita atau membuat pengumuman ke arah lebih baik, In Shaa Allah.
Hormat Media
Tambah pengacara Family Duo ini, dia memahami tanggungjawab media yang mencari rezeki dengan mendapatkan berita sensasi. Meskipun begitu Janna turut berharap pihak media juga dapat menghormati dirinya.
Alhamdulillah, Allah bersetuju dengan perancangan saya, semuanya berjalan seperti apa saya inginkan, walaupun mungkin cara saya inginkan ini tidak sama dengan orang lain.
Saya faham peranan media kerana di penghujung hari, kita semua mencari rezeki. Saya faham media dipertanggungjawab untuk mencari berita sensasi kerana itu kerja mereka, jadi saya hormati.
Bukan saya tak nak beri kerjasama atau enggan berikan jawapan, tetapi saya selesaikan perkara lain dahulu. In Shaa Allah, ada berita baik saya akan beritahu.
Sumber: Melodi