
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iatu Nur Mohd Iqwan Samsudin difahamkan memberi kenyataan balas susulan laporan berhubung isu masalah disiplin yang dimuat naik oleh sebuah akbar dalam talian hari ini.
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Nafi Rumah Tangga Bergolak, Suami ‘Archive’ Gambar Di IG Sebab Tak Selesa
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Dedah Pernah Pergi Kerja Dalam Keadaan Tekanan – ‘Tiada Siapa Nak Kawan, Saya Bawa Bekal Sendiri’
Dalam keadaan baik
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Iqwan memuat naik kenyataan yang ditujukan kepada Zehra sebagai mengulangi peringatannya agar kisah dan perjalanan kerjaya Zehra sebagai wartawan dan pembaca berita disebuah stesen TV tidak terlalu diuar-uarkan sehingga mengundang salah faham.
Saya sudah baca artikel tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya khabar.
Alhamdulillah saya tenang dan sihat atas kehendakNya juga.
Jangan canang kisah
Iqwan sebelum ini meminta Zehra untuk tidak terlalu bercerita kisah suka dukanya sebagai pengamal media, malah meminta penyanyi itu untuk memberi fokus terhadap persembahan di pentas Gegar Vaganza 11.
Dia turut melontarkan pertanyaan tentang perkara yang mungkin disembunyikan yang tidak diketahuinya.
Sudah saya tegaskan seusai minggu pertama, kisah lama jangan dicanang merata. Biarkan bakat sahaja berbicara.
Ada perkara lain yang saya tidak tahu? Jika ada, saya berhak tahu.
Terdahulu, Zehra menafikan dakwaan rumah tangganya kini sedang bergolak. Menurut Zehra, fotonyo di IG Iqwan telah disimpan di bahagian arkib atau ‘archive’ berikutan tidak selesa dengan dunia seni.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Sumber: IG Nur Mohd Iqwan