berita

Sudahlah Tak Mahu Vaksin Anak, Siap Merendahkan Fatwa Mufti Pula! Anti-Vaksin Makin Melampau

December 16th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Isu mengenai vaksin ini seakan tiada kesudahan. Meskipun, sudah ramai Mufti telah mengeluarkan fatwa tentang kepentingan vaksin terhadap kanak-kanak, namun, teguran itu seperti tidak diendahkan. Lebih menyedihkan, golongan anti-vaksin atau pro-choice ini semakin lantang menolak fatwa vaksin yang dikeluarkan Mufti.

Seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Amirul Azmeer Asmadi menerusi Facebook rasminya meluahkan rasa kecewa melihat komen golongan anti-vaksin yang semakin berani memperlekehkan kredibiliti Mufti.

Merendah-rendahkan kredibiliti Mufti

Sedih sangat bila baca komen golongan anti-vaksin atau pro-choice mengenai fatwa vaksin yang dikeluarkan Mufti. Kalau tak nak terima vaksin boleh tahan lagi, tapi bila sampai tahap memperlekeh dan merendah-rendah kredibiliti Mufti, itu yang makin menyedihkan hati kita.

Mungkin mereka tak tahu bahawa Mufti mengeluarkan hukum berdasarkan kepentingan rakyat secara menyeluruh. Bukan untuk kepentingan individu yang berskala kecil. Seperti yang disebut oleh kaedah fiqh,”Hukum yang dikeluarkan oleh pemerintah ke atas rakyat perlu mengambil kira maslahat (rakyat yang berada di bawah tanggungannya)”.

Bukan boleh buat fatwa based on satu-satu individu sahaja. Tapi kena ambil kira keadaan KESELURUHAN negara. Sebab itu pendapat Mufti lebih banyak yang menjurus ke arah ‘prevention’. Dalam kaedah fiqh ia disebut sebagai “Menutup pintu-pintu mudarat”.

Sebelum lebih banyak kerosakan yang tercetus, pintu-pintu kerosakan yang boleh terbuka itu perlu ditutup serapat-rapatnya bagi membendung masalah yang lebih besar daripada berlaku.

“Tak apa, itu sekadar pendapat peribadi”

Kerana mudarat yang ada mestilah dihapuskan. Sehinggakan kalau ada kebaikan yang kecil sekalipun hasil daripada menolak vaksin, keburukan yang muncul hasil daripada kesan menolak vaksin itu tetap terlebih awla (utama) untuk disekat.

“Menolak mafsadah itu lebih utama daripada memperoleh maslahah.” Sebab itu prinsip yang selalu sangat ditekankan. “Mencegah itu lebih baik daripada mengubati” Prevention is better than cure.

Namun selepas Mufti dah terangkan panjang lebar beserta berpuluh-puluh dalil agama dan hujah yang disertakannya, golongan anti-vaksin atau pro-choice ini tetap akan kata, “Tak apa, itu sekadar pendapat peribadi dia sahaja. Mufti lain, ada pendapat lain lagi. Kita pilih saja mana yang kita rasa paling tepat”.

Mungkin mereka lupa bahawa Mufti-Mufti lain pun ramai juga yang sependapat dengan al-Fadil SS Mufti Wilayah ini sebenarnya. Antaranya ialah Mufti Perak, Mufti Kelantan, Mufti Terengganu, Mufti Perlis, Mantan Mufti Mesir, Kesatuan Ulama Muslim Afrika, Dar al-Ifta (Lajnah Fatwa Mesir) dan Mantan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

Tapi itulah, teranglah panjang mana pun, akan ada juga golongan yang tetap cuba mendahulukan pendapat diri mereka berbanding kata-kata ulama. Mereka tetap akan bagi berbagai-bagai alasan lain lagi untuk menjustifikasi pegangan diri sendiri. Walaupun ulama-ulama yang jauh lebih besar ilmu mereka daripada kita sudah penat berbuih-buih mengatakan pendapat yang berbeza.

Tolonglah hormat ulamak dan mufti

Bimbang sangat kita terjatuh dalam kelompok ‘Ruwaibidah’ yang diberi amaran oleh Nabi SAW sebenarnya. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah RA, maksudnya: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibidah? maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

Imam al-Syatibi rahimahullahu ta’ala ketika mensyarahkan mengenai makna “Ruwaibidah” ini di dalam kitabnya al-‘Itisham menyebutkan, makna “Ruwaibidah” ialah “Orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap mengenainya.” [al-‘Itisham, 3:100].

Takut sangat kita ‘termasuk’ dalam kelompok tersebut tanpa kita sendiri sedar sebenarnya. Maka kalau anda terjumpa golongan seperti ini di luar sana, hati-hatilah ya. Fakta-fakta doktor boleh dipusing sesuka hati. Dan kata-kata ulama boleh ditolak sesuka hati. Kalau anda tak nak hormatkan doktor yang ahli dalam bidang perubatan sekalipun, tolonglah hormat ulama-ulama dan mufti-mufti kita yang lebih berautoriti (ahli) dalam bidang agama.

Ni baru penunggang agama

Fatwa dikeluarkan untuk jaga air muka

Mufti patut luaskan pencarian info

Alim ulama tak ada mengaji bab vaksin

Sumber: Amirul Azmeer Asmadi

SKIP THIS AD ×