Penyanyi Sufian Suhaimi tidak terasa hati apabila sering diajukan soalan berkaitan jodoh oleh saudara mara di kampung setiap kali hari raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sufian Suhaimi Sahkan Hubungan Cinta Dengan Rania Sudah Berakhir – ‘Tidak Sehaluan, Cincin Risik Sudah Dipulangkan’
Artikel Berkaitan: Teman Wanita Sufian Suhaimi Kongsi Pasal ‘Men With Haya’, Saling ‘Unfollow’ Di Instagram?
Soalan fasal jodoh
Menurut Sufian, 32, dia menganggap pertanyaan itu sebagai satu bentuk gurauan dan modal untuk berborak.
Soalan bila kahwin itu sudah pasti ada ditanyakan daripada mak cik saudara, atuk saudara dan saudara mara lain. Tapi bagi saya itu sekadar modal orang tua yang nak ajak berborak.
Saya tidak rasa marah pun, layan kan sahaja borak mereka. Selalu saya akan jawab ‘insya-Allah lepas raya’.
Soalan fasal jodoh dah jadi soalan lazim, tak pernah pun nak terasa hati. Mungkin segelintir orang akan rasa sensitif, tetapi tidak pada saya.
Jodoh itu rezeki, mungkin rezeki saya untuk ada jodoh lambat sikit.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Dimatamu itu memberitahu dia akan pulang ke kampung halaman di Muar, Johor seminggu sebelum Lebaran untuk membantu persiapan hari raya.
Sama seperti tahun-tahun lalu, saya akan pulang beraya di Muar. Rancang untuk balik seminggu awal sebelum raya. Tolong ibu dengan ayah apa yang patut.
Tolong kemas rumah, pasang langsir dan menu wajib laksa johor kena ada pagi raya.
Terdahulu, Sufian mengesahkan hubungan cinta dengan kekasih hati bernama Rania Al Sadat sudah berakhir.
Kata penyanyi itu, keputusan tersebut dibuat secara bersama oleh kedua-dua belah pihak selain menyatakan cincin risik juga sudah dipulangkan.
Dalam perkembangan lain, Sufian telah melancarkan lagu raya baharu berjudul Jom Pulang Raya.