

Sebelum ini, suami kepada YouTuber masakan terkenal iaitu M Sugu didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh atas tuduhan memiliki senjata berbahaya. Setelah menghadiri posiding di mahkamah, Pavithra membuat keputusan untuk menarik semula laporan polis yang dibuatnya pada 22 Julai lalu.
Artikel berkaitan: ‘Kami Nak Hidup Normal, Tak Layak Jadi Ikon’ – Pavithra Maafkan Suami
Terbaru, pasangan suami isteri tersebut telah memadam kesemua video masakan dan aktiviti mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.
Tiada sebarang video

Menerusi laporan Sinar Harian, tiada sebarang video dapat dilihat di Youtube ‘Sugu Pavithra’ bermula 7.30 malam semalam. Manakala, video terakhir mereka iaitu percutian bersama keluarga di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur turut dipadam.
Terdahulu, Sugu dan Pavithra menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah atau gelaran ikon dan hanya mahu memberi fokus kepada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube Sugu Pavithra.
Doa yang baik


Rata-rata netizen akur dengan keputusan yang dibuat oleh suami isteri itu. Menurut mereka, Sugu dan Pavithra memerlukan ruang dan masa untuk memperbaiki hubungan mereka semula. Doa dan ucapan supaya pasangan tersebut berada dalam keadaan baik turut diungkap oleh netizen.
Sumber: Sinar Harian





![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)