Jika sebelum ini, nama bintang nasyid, Suhaimi Saad menjadi tumpuan netizen di media sosial gara-gara beberapa kenyataan yang dikongsikan berhubung isu bentuk muka bumi dan isu anti vaksin.
Artikel berkaitan: Banyak Sangat ‘Hal’, Suhaimi Tak Join Konsert Reunion Nasyid 4Nomena
Terbaru, bekas anggota kumpulan In Team itu dipercayai mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga penglihatan dan pergerakannya terbatas.
Memerlukan bantuan isteri
Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan. Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar Kelantan manakala di luar dari Kelantan, saya mengupah pembantu.
Menerusi laporan Kosmo, Suhaimi yang berusia 40 tahun itu, memerlukan bantuan isterinya iaitu Nordiana Mat Naim, bagi mempermudahkan urusan hariannya. Di samping itu, dia juga mempunyai keluarga angkat yang sentiasa membantu dan memberi sokongan.
Cuba perubatan secara tradisional
Ina Naim pula berniaga barangan kosmetik, pakaian di laman sosial dan menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Kehidupan kami sekeluarga di sini berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan daripada ibu bapa Ina di Johor.
Mengulas lebih lanjut mengenai tahap kesihatannya, Suhaimi memberitahu dia sedang berusaha menjalani beberapa rawatan bagi memulihkan kembali matanya termasuk mencuba perubatan secara tradisional.
Sumber: Kosmo