Foto: Suhaimi Saad
Tiada angin tiada ribut bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan dirinya akan meletakkan jawatan sebagai penyanyi nasyid. Pengumuman yang dibuatnya itu bagaimanapun, membuatkan rata-rata netizen terkejut dengan keputusan yang diambilnya.
‘Tak perlu panggil ustaz’
Foto: Suhaimi Saad
Ujar bekas penyanyi berusia 41 tahun ini, dia meminta orang ramai untuk tidak lagi memanggilnya dengan gelaran ustaz dan tindakan ‘keras’ bakal diambil kepada mereka yang ingkar akan arahannya itu.
SS letak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil ustaz paggil SS atau Mie je. Sapa degil SS akan kompaun dan block.
Pada masa yang sama, dia turut memberikan peringatan kepada pengikutnya supaya tidak lagi memintanya untuk menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini dan sama sekali tidak akan ‘melayan’ pengikutnya yang berbeza pendapat dengannya.
Lepas ni sapa mintak lagu In-Team masa live, SS akan block. haters, sila beram***. Aku tak selera dan takda masa nak layan korang.
Letak jawatan
View this post on Instagram
Sumber: Suhaimi Saad