berita

Suhaimi Saad Meninggal Dunia

November 15th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

suhaimi meninggal

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia pada pukul 7.40 malam Rabu i Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Artikel Berkaitan: ‘Suhaimi Sendiri Minta Dihantar Ke Hospital, Itu Adalah Ikhtiar Terakhir’ – Ina Naim

Baru meninggal dunia

suhaimi saad

Berita sedih itu dikongsikan di akaun Instagram @munsyidmalaysia.

Berdasarkan hantaran tersebut, pengelola akaun itu memohon agar orang ramai sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Suhaimi yang sudah pulang ke rahmatullah.

Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga. Al fatihah..

Terdahulu, ketua kumpulan In-Team iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid mengesahkan mengenai kesihatan Suhaimi yang merudum dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan Suhaimi sudah pun berada di sebuah hospital di Johor Bahru, sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×